Tuesday, January 19, 2010
KOMUTER
Lama tak naik komuter. Bila entah kali terakhir aku naik komuter, 3 tahun lepas kot. Tadi aku naik komuter. Balik lewat dari tempat keje sbb banyak keje. Lama dah tak balik malam-malam dari tempat keje. Banyak keje di pejabat tu. Dulu ramai pembantu, sekarang ni semua kene buat sendiri, bila entah nak datang pembantu. Nasib badan...buat projek besar..urgent pulak. Pastu menteri sendiri yang monitor...nasib..Stesen komuter bank negara tu dah berubah rupanya. Aku pun tak sedar, banyak kemudahan kat situ, tempat sembahyang, luas, ruang legar, tempat duduk...selesa...ermmm..ok la perubahan yang baik. Aku jer tak sedar..tambang pegi ke kajang pun aku dah lupa...tak ada duit kecil..bagi RM50..cebik jer muka awek penjaga kaunter tu....cun dia masa tarik muka masam...heheheSampai di stesen pukul 8.15..tertera di papan kenyataan elektronik..tren ke seremban pukul 8.10..fuh!!..tepat pada masanya...tunggu sampai 8.20 tren tadak jugak...last-last pukul 8.45 baru sampai. Nampaknya tak berubah jugak KTMB...fasiliti jer berubah...perkhimatan sama jer..Masa dalam perjalanan pun sama, asyik berhenti tak tentu pasal...sampai di stesen sentral tak pasal-pasal berhenti..kenapa?...sbb nak bagi laluan pada tren ekspress wau..ada ka camtu..150 tahun perkhidmatan KTMB..masih tidak tahu objektif bisnes...'cutomer focus'...sampai bila..nak tiba 2020..takkan perkhidmatan masih camtu..tak paham!!! Teringat janji mantan perdana menteri sebelum ini..naik jer takhta cakap nak improve pengangkutan awam...tak buat pun!!..cakap jer...perdana menteri sekarang pun sama gak..naik jer takhta naik kenderaan awam sama ngan rakyat...janji nak improve...tapi cakap jer...janji tinggal janji...inilah nasib rakyat marhain yang naik kenderaan awam...pemimpin naik kenderaan harga berjuta tapi tak pernah merasa susah, perih jerih rakyat mencari rezeki tak pernah rasa.Dalam komuter dari bank negara...dipenuhi oleh warga myanmmar..bangla dan indon..sekerat dua kerat jer bangsa 'malaysia'. Disuatu sudut ada 3 budak perempuan remaja melayu, seorang pengkit, seorang seksi, seorang rock. Tanpa segan silu budak pengkit tu dok cium-cium budak seksi tu..tanpa pedulika orang sekeliling..apa nak jadi ngan budak zaman sekarang. Aku berdiri kat depan dia pun dia orang buat donno jer...apa nak jadi. Astaghfirullah hal azim...Rasa nak sepak pun ada...rasa kesian pun ada....rasa sedih pun ada....Lepas stesen sentral berduyun-duyun orang masuk. Stesen sentral memang ramai orang naik. Aku memang tak duduk, walau banyak tempat kosong. Bagi peluang kat orang lain yang lebih memerlukan. Ada pulak kutu mat rock dengan tak malunyer duduk satu seat yang kosong padahal auntie yang penuh barang kat tangan (beg plastik sogo) berdiri kat tepi dia. errrmm...ini lah warga malaysia..masih tak berubah!!Tren agak laju...bunyi bising jugak..tapi suara brother india yang bercakap ngan henpon lagi kuat. Macam tak ada orang dalam tren tu..dengan gaya tangan dan badan sekali..punya kuat dia cakap..tak paham!...tak paham!...dah memang jenis bangsa ni kot..nak tergelak pun ada.Lepas stesen salak selatan masuk plak couple budak cina. Pakai punyalah seksi...pastu dok berpeluk, bergesel...macam kat umah dia plak...agaknya sekarang ni dah jadi pemandangan biasa kot dalam komuter, aku jer tak tau..aku yang ketinggalan zaman kot. Lepas stesen tasik selatan ada plak couple budak melayu, pakai tudung budak tu chubby, sama gak perangai ngan couple cina tu..dok bergesel, cubit-cubit,...kalau budak cina tadi aku tak rasa apa-apa...ini budak melayu aku rasa nak sepak jer...agaknya kalau aku sepak..aku yang akan kene belasah ngan orang dalam tren kot...zaman dan berubah...masyallah!!!..teringat aku kat anak-anak aku..dina, trisyia, irsyad..ikhwan...ya ALLAH...berilah aku kekuatan untuk mendidik mereka menjadi hamba mu yang taat dan soleh!!..Di belakang aku ada budak-budak cina dan india...3 orang...dua lelaki sorang perempuan... pelajar kolej agaknya...dari penampilan dan buku yang dibawa...mereke bercerita pasal subjek yang mereka ambil..pasal perkara-perkara ilmiah...bertutur dalam english yang lancar...inilah beza bangsa cina, india dan melayu...salah siapa wujudnya perbezaan ini?..salah pemimpin?..salah pembangunan?..salah ibu bapa?..aku sendiri pun tak der jawapan..tapi yang pasti pemimpin dan ibu bapa ada sahamnya di akhirat nanti..
Tuesday, January 5, 2010
KUPASAN ILMU
Sedikit ilmu dari ceramah Ustaz Ibrahim di Surau Jenaris, Kajang Selangor sebentar tadi. Sebab aku hadir dah lewat so, aku dapat separuh jer dari ilmu yang disampaikan. Adalah penting dalam memahami maksud bacaan dalam sembayang bagi tujuan khusyuk dalam sembahyang. Digalakkan membaca surah yang difahami maksud walaupun surah tersebut pendek berbanding surah yang panjang jika tak difahami maksudnya.
Paling menarik adalah dialog Junjungan Besar Nabi Muhammad Saw. dengan ALLAH swt iaitu 3 baris pertama dalam tahiyyat akhir. Rasulullah saw memberi salam kepada ALLAH swt. "Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah" ALLAH swt menjawab "Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya" dan Rasulullah saw menjawab "Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh" dialog ini didengar oleh malaikat izrael dan malaikat izrael menjawab "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya".
Ustaz menambah lagi situasi semasa dimana ibu bapa yang tidak menekankan soal sembahyang kepada anak-anak adalah sesuatu yang serius dan boleh membawa kepada ancaman agama islam. Isu penggunaan kalimah ALLAH swt oleh gereja boleh membawa kekeliruan dan kerosakan akidah kepada generasi baru. Apa akan jadi jika ALLAH dalam gereja atau masjid adalah sama?. Bagaimana kalau generasi baru ini atau anak-anak kita tidak faham agama. Seluruh umat islam perlu bangun menentang penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak penganut kristian di Malaysia.Sekian.
Paling menarik adalah dialog Junjungan Besar Nabi Muhammad Saw. dengan ALLAH swt iaitu 3 baris pertama dalam tahiyyat akhir. Rasulullah saw memberi salam kepada ALLAH swt. "Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah" ALLAH swt menjawab "Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya" dan Rasulullah saw menjawab "Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh" dialog ini didengar oleh malaikat izrael dan malaikat izrael menjawab "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya".
Ustaz menambah lagi situasi semasa dimana ibu bapa yang tidak menekankan soal sembahyang kepada anak-anak adalah sesuatu yang serius dan boleh membawa kepada ancaman agama islam. Isu penggunaan kalimah ALLAH swt oleh gereja boleh membawa kekeliruan dan kerosakan akidah kepada generasi baru. Apa akan jadi jika ALLAH dalam gereja atau masjid adalah sama?. Bagaimana kalau generasi baru ini atau anak-anak kita tidak faham agama. Seluruh umat islam perlu bangun menentang penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak penganut kristian di Malaysia.Sekian.
Monday, January 4, 2010
TAHAP PENDIDIKAN YANG SEMAKIN KE BELAKANG?

Hari ini adalah hari pertama persekolahan di pantai barat. Negeri-negeri yang bercuti jumaat sabtu telah memulakan persekolahan pada hari ahad yang lepas. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya hari pertama persekolahan menjadi tajuk utama berita tempatan. Gelagat murid tahun 1 biasanya akan menjadi tumpuan yang lebih yang bukan sahaja tertumpu kepada murid tetapi juga kepada ibu bapa. Aku juga termasuk dalam golongan yang sibuk pada hari pertama persekolahan, Irdina di tahun 5, Batrisyia di tahun 3 dan Irsyad di tahun 2.
Semalam ketiga-tiga anak aku itu beriya-iya benar hendak memulakan tahun baru persekolahan. Tak tahu dari mana mereka mendapat semangat tu. Alhamdulillah, sikap mereka yang minat pada pelajaran sekurang-kurangnya menyejukkan hati seorang ayah ini.
Berbaris panjang untuk membayar yuran pada hari pertama persekolahan telah menjadi satu kemestian untuk setiap ibu bapa di Negara ini. Bukan sekali tetapi dua kali untuk setiap anak sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Macam aku ni terpaksalah berbaris 6 kali lah untuk hari ni, 3 kali sekolah agama 3 kali sekolah kebangsaaan. Nasib baik wife aku bantu untuk sekolah kebangsaan. Aku berbaris untuk sekolah agama sahaja. Aku perlu pergi pejabat hari ni sebab nak siapkan claim pergi Cherating hari tu, kene submit petang tadi jugak.
Sewaktu aku berbaris dan sambil melihat murid dalam kelas untuk membayar yuran di Sekolah agama pagi tadi fikiran aku menerawang dizaman persekolahan aku sekitar tahun 1980-1985. Tak banyak beza keadaan bilik darjah Sekolah Rendah Agama Sungai Kantan 2 berbanding kelas 2 Mawar Sekolah Kebangsaan Padang Luas 25 tahun lalu. Malah seingat aku kelas 2 mawar aku lebih elok dan kemas berbanding kelas 3 Mua'lim anak aku tadi. Sekolah rendah agama yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam negeri ternyata kekurangan segalanya dari segi fizikal. Sewaktu berbaris di Sekolah Kebangsaan juga aku melihat tiada perubahan yang drastik dari segi kemudahan fasiliti berbanding tempoh 25 tahun yang telah dilalui walaupun keadaan sedikit lebih selesa berbanding sekolah agama kerana Sekolah Kebangsaan dibiaya dan dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Persekutuan. Terkilan dan sedih melihat persekitaran bilik darjah yang daif dan tiada perubahan dalam tempoh negara memacu pembangunan yang drastik dalam industri pembinaan.
Sebagai penjawat awam dan penuntut jurusan master pengurusan aset dan fasiliti aku amat faham dengan jelas kepentingan fasiliti dan kemudahan di sekolah dalam membantu cikgu dan murid menjalani pembelajaran di sekolah. Persekitaran yang selesa dan harmoni amat membantu murid dan cikgu menjalani pembelajaran dan mampu menaikkan tahap pendidikan di Negara ini. Tahap pendidikan yang baik mampu membawa negara ke arah menyediakan modal insan yang lebih baik dan merupakan aset yang penting kepada negara dalam jangka panjang.
Sedih juga memikirkan keadaan ini. Di mana silapnya corak dan kaedah pembangunan Negara ini sehingga membawa kepada keadaan ini. Adakah negara kita masih tak mampu menyediakan tahap pendidikan yang selesa seperti Negara maju?. Adakah sistem kewangan dan ekonomi kita gagal dan Negara masih miskin?. Atau kekayaan Negara ini hanya berlegar di kalangan minoriti dan gagal diagihkan dengan baik?. Kita mampu membina bangunan pencakar langit yang tinggi dan membina putrajaya dan banyak bandar-bandar baru yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Tapi masih tak mampu menyediakan fasiliti dan kemudahan yang baik untuk pembelajaran untuk anak-anak bangsa.
Sewaktu menghadiri satu seminar (NAFAM 2009) di PWTC, di Ibu Negara, aku melihat Negara maju telah bergerak dengan lebih jauh dalam menyediakan fasiliti dalam bidang pendidikan. Negara barat khususnya Amerika dan Eropah telah menyediakan program 'Building School for Future' yang mana tahap kemudahan dan fasiliti umpama hotel 3 atau 4 bintang. Pembalajaran menggunakan komputer, LCD, tahap kebersihan, teknologi bangunan dan banyak lagi fasiliti yang jauh lebih baik kerana mereka menyedari kepentingan pendidikan yang memberi ilmu kepada rakyat yang akan menyediakan modal insan kepada Negara.
Kerajaan atau pemerintah harus melihat perkara ini dengan lebih dalam dan dalam jangkamasa panjang. Sampai bila tahap fasiliti pendidikan di Negara ini terus berada dalam keadaan kelas bawah dan hanya setaraf dengan negara afrika atau negara-negara miskin. Kita selalu mendabik dada mengatakan negara kita adalah maju dan terbaik di rantau ini baik dari segi pembangunan atau segala-galanya.
Kerajaan seharusnya membuat pelaburan yang besar dalam isu ini kerana kealpaan ini akan memberikan impak yang besar dalam jangkapanjang kepada Negara. Generasi baru inilah yang akan menentukan halatuju negara ini suatu hari nanti. Kegagalan dalam bidang pendidikan adalah suatu kegagalan yang tidak mampu diterima oleh semua pihak. Kerosakan akhlak generasi remaja sekarang tak usah dipertikaikan lagi, kes buang bayi, merempit, meragut, melepak dan banyak lagi yang sentiasa kita tonton ata baca dalam media massa.
Generasi remaja yang ada telah hancur dan kelihatan tak mampu lagi untuk membawa negara ke arah lebih baik. Kita pasti tak mampu menerima hakikat anak-anak kita akan hancur dibawa arus tanpa pendidikan dan ilmu.
Adakah kita perlu menukar pemerintah untuk menukarkan keadaan ini?. Atau negara kita sememangnya miskin dan kerajaan sediada telah mencuba sedaya upaya selama ini untuk memberikan yang terbaik?
Fikir-fikirkanlah...
JAGALAH IBUMU....
Kewajipan khusus anak-anak ialah menyediakan diri untuk menyenangkan hati ibu. Sebabnya, dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda, keredaan Allah adalah pada keredaan ibu bapa.Sebagai anak, kita perlu ingat bahawa sekuat mana pun kita beribadat tetapi jika kita tidak menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa, Allah tidak akan reda kepada kita.Allah berfirman, Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula...(al-Ahqaf: 15)Pernah suatu ketika, Rasulullah didatangi oleh seorang budak yang bertanya, “ibu saya lumpuh lalu semua urusan seperti memandikan dan menyuap makan saya lakukan sepenuhnya. Saya berkhidmat kepada ibu. Adakah perbuatan itu sudah dikira berbakti kepada ibu saya?”Rasulullah bersabda, “belum walaupun satu peratus tetapi engkau tidak termasuk anak derhaka.”Pendek kata, walau sehebat itu pun khidmat anak kepada ibu, ia masih belum mencukupi untuk membalas jasa dan susah payah ibu melahir, mendidik dan membesarkan kita.Larangan menderhaka kepada ibu bapa dinyatakan secara jelas dalam surah al-Israk: 23. Apakah ciri-ciri derhaka itu? Dalam ayat tersebut Allah berfirman, Dan Tuhanmu memerintahkan supaya jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya lanjut usia dalam pemeliharaanmu, janganlah kamu mengatakan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Jika berkata ‘ah’ pun tidak boleh apatah lagi menyakitkan hati, memukul atau sehingga membunuh yang menjadi sebesar-besar dosa.Dosa kita kepada ibu bapa ini adalah dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sepatutnya, kita perlu melayan mereka dengan sebaik mungkin, mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka semasa hidup lebih-lebih lagi apabila mereka telah mati. Mendoakan ibu bapa adalah antara sifat anak yang soleh. Perbuatan mengangkat suara kepada ibu bapa sudah dikira derhaka. Kalau mengangkat tangan (memukul) lebih teruk lagi derhaka seseorang anak itu.Pada zaman Rasulullah s.a.w., baginda ditanya oleh seorang pemuda, “siapakah orang yang paling perlu untuk saya berbuat baik”. Rasulullah bersabda, “ibumu, kata pemuda itu lagi, selepas itu, ibumu, selepas itu, ibumu, selepas itu, bapamu.”Ada juga pendapat mengatakan dua pertiga daripada khidmat bakti anak adalah untuk ibu dan hanya satu pertiga untuk bapa. Terutama apabila ibu sudah lanjut usia. Ini membuktikan betapa menghormati ibu itu adalah wajib selagi mana ia tidak menyalahi perintah Allah. Pepatah Melayu ada menyebut, seorang ibu boleh menjaga 10 anak tetapi 10 anak tidak boleh menjaga seorang ibu. Apakah maksud yang tersirat di sini? Ibu ini oleh sebab kasih sayang yang terlalu hebat terhadap anak-anak masih mampu tersenyum menjaga dan membesarkan walaupun 10 anak. Tetapi kasih anak kepada ibu sedikit sahaja.Sepatutnya anak-anak perlu berebut-rebut untuk menjaga ibu bapa semasa mereka sudah tua. Sebabnya, rumah siapa yang dipilih oleh ibu tinggal itulah anak yang soleh atau solehah. Dalam hal ini, ibu bapa juga berperanan mengasuh dan mendidik anak dengan baik sejak mereka kecil. Ini supaya apabila kita tua, anak-anak pula akan menjaga kita. Ini ditegaskan oleh Rasulullah dalam sabdanya, berbuat baiklah kepada ibu bapa kamu nescaya anak-anak kamu berbuat baik kepada kamu. Jika ada perselisihan atau masalah dengan ibu bapa selesaikan segera. Sebagai anak, kita jangan ego walau setinggi mana kedudukan atau jawatan kita.Ibu tetap ibu walaupun jika mereka itu buta huruf. Sabda Rasulullah, “sesiapa yang bangun pagi dan melakukan sesuatu yang menyenangkan hati ibu bapanya maka terbuka dua pintu ke syurga. Begitulah juga pada waktu petang. Tetapi barang siapa yang melakukan sesuatu yang tidak diredai oleh ibu bapanya maka terbuka dua pintu neraka”. Sebab itu anak-anak perlu segera memohon maaf kepada ibu bapa jika berselisih faham. Jangan biarkan sehingga tidak bertegur sapa bertahun-tahun lamanya.Jika semasa kecil kita tidak mendapat didikan yang sewajarnya disebabkan oleh keadaan ketika itu, apabila dewasa hendaklah kita memaafkan ibu kita. Adakah perbuatan menghantar ibu bapa ke pusat jagaan orang-orang tua itu boleh dianggap ‘membuang’ mereka dan derhaka? Dalam hal ini, kita tidak boleh menghukum semua perbuatan sedemikian sebagai menderhaka. Namun, menghantar ibu bapa ke pusat jagaan orang tua-tua hendaklah menjadi pilihan terakhir bagi mana-mana anak. Jika dalam situasi anak tidak mampu menjaga ibu bapa disebabkan mereka lum h, anak tersebut perlu memilih tempat yang ibunya reda. Kalau dengan reda, itu tidak mengapa.Tetapi jangan pula menghantar ibu bapa ke pusat jagaan kerana hendak melepaskan tanggungjawab. Golongan beginilah yang dianggap menderhaka.Namun begitu, tidak ada ibu bapa yang suka tinggal di rumah orang tua-tua. Mereka lebih suka tinggal bersama anak dan cucu. Oleh sebab itu, anak-anak kena berfikir 100 kali sebelum bertindak menghantar mereka ke pusat jagaan tersebut.Bagaimanakah kisah ‘Alqamah atau si Tanggang dapat dijadikan pengajaran oleh anak-anak sekarang? Kedua-dua kisah ini mempunyai persamaan dari segi perbuatan anak yang tidak mahu makan masakan ibu sehingga menyebabkan ibu tadi berkecil hati. Kes si Tanggang, dia enggan makan pisang salai yang dimasak oleh ibunya selepas beroleh kekayaan sehingga menyebabkan hati ibunya terguris. Akhirnya Tanggang disumpah menjadi batu.‘Alqamah pula adalah anak yang baik. Setiap kali pergi ke masjid, dia akan menziarahi ibunya. Cuma pada suatu hari, ibunya memberitahu ingin pergi ke rumah ‘Alqamah. ‘Alqamah dan isterinya amat gembira mendengar berita tersebut. Mereka pun menyediakan pelbagai jenis masakan sebagai menyambut kedatangan ibu ‘Alqamah.Rupa-rupanya, ibu tadi membawa makanan yang telah dimasaknya untuk dinikmati di rumah ‘Alqamah. Bagaimanapun, isterinya menyimpan makanan tersebut dan menghidangkan apa yang dimasaknya. Disebabkan perkara itu, ibu ‘Al`qamah berkecil hati sehingga menyukarkan anaknya itu menyebut kalimah tauhid semasa sakaratul maut. Rasulullah pun diberitahu tentang hal tersebut dan baginda bertanya kepada ‘Alqamah bagaimana hubungannya dengan ibu. Lalu beliau menjawab, ada sedikit salah faham. Rasulullah kemudiannya memanggil ibu ‘Alqamah dan memintanya memaafkan anaknya supaya boleh mengucap syahadat. Bagaimanapun, ibunya enggan kerana hatinya sangat terguris akibat peristiwa tempoh hari.Oleh sebab itu, Rasulullah mengarahkan para sahabat mengumpul kayu untuk membakar ‘Alqamah. Sabda baginda, sebelum dibakar di akhirat aku ingin tunjukkan dia dibakar di dunia. Melihatkan keadaan itu, barulah ibunya memaafkan ‘Alqamah. Sejurus itu, barulah ‘Alqamah boleh mengucap dengan lancar.Satu contoh lagi ialah kisah Juraij. Beliau adalah seorang yang kuat beribadat. Setelah lama tidak bertemu, pada suatu hari, ibunya datang ke rumah Juraij dan mengucap salam. Ketika itu Juraij sedang solat sunat di tempat khas di dalam rumahnya. Kerana terlalu kuat beribadat, Juraij tidak menghiraukan kedatangan ibunya. Sebaliknya dia meneruskan solat sunat.Ini menyebabkan ibunya berkecil hati dan berdoa supaya anaknya dipertemukan dengan wanita jahat. Kebetulan berdekatan kediaman Juraij terdapat sekumpulan pengembala kambing wanita. Salah seorang daripadanya amat tertarik kepada Juraij tetapi dia mengetahui yang tidak akan mendapat perhatian daripada Juraij. Wanita itu pun berzina dengan pengembala kambing yang lain dan apabila mendapat anak mendakwa itu adalah hasil hubungannya dengan Juraij. Apabila berita itu tersebar, maka penduduk kampung datang memukul Juraij kerana mendakwanya bertopengkan agama tetapi sebenarnya jahat. Akhirnya, Juraij meminta kebenaran untuk bertanya dengan bayi itu siapakah bapanya yang sebenar. Dengan kuasa Allah, bayi yang masih merah itu boleh berkata-kata dan menceritakan hal yang sebenarnya. Barulah Juraij dilepaskan oleh penduduk kampung.Kisah-kisah ini memberi pengajaran kepada kita betapa pentingnya kita menghormati ibu. Hatta dalam kesibukan beribadat pun tidak boleh dijadikan alasan mengabaikan ibu. Apa yang penting, kita perlu sentiasa menjaga hubungan baik dengan ibu bapa.Ingatlah sabda Rasulullah, “dua perkara yang siapa melakukannya akan diazab oleh Allah semasa di dunia lagi iaitulah berbuat zalim dan menderhaka kepada ibu bapa. "Ramai yang menyedari harga kasih sayang ibu setelah mereka meninggal dunia. Bagaimana kita menunjukkan kasih sayang kepada mereka semasa hayat masih ada? Elakkan daripada perbuatan yang menyakitkan hati atau yang boleh merunsingkan fikiran mereka. Tunjukkan kasih sayang kepada mereka sebagaimana mereka mengasihani dan menjaga kita semasa kecil.Kalau kesihatan mereka kurang baik, boleh kita bekalkan dengan makanan tambahan supaya mereka lebih sihat dan bertenaga untuk beribadat. Selepas kematian mereka bukan bermakna tugas anak sudah selesai. Sebaliknya kita perlu terus berkhidmat dengan mendoakan mereka agar mendapat pengampunan Allah dan diangkat martabat mereka. Doa anak soleh kepada ibu bapa adalah antara tiga perkara yang dijelaskan oleh Nabi Muhammad yang dapat membantu Muslim selepas kematian. Seperkara lagi yang boleh dilakukan apabila ibu bapa meninggal ialah berbuat baik dengan adik-beradik dan sahabat mereka. Bagi mereka yang tidak mempunyai anak, adalah menjadi tanggungjawab anak saudara menjaga ibu saudara semasa mereka lanjut usia. Anak-anak saudara tidak boleh lepas tangan begitu sahaja.
SEKIAN
SEKIAN
TAAT KEPADA IBU BAPA
Mentaati Kedua Ibu BapaSabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”Riwayat al-HakimHuraian : Pengajaran hadis:i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.
PULUT LEPA
Pulut lepa memang sinonim dengan aku...aku membesar dengan pulut lepa. Pulut lepa di kampung aku tidak sama dengan pulut lepa di Kuala Lumpur. Pulut lepa yang mak aku buat berintikan ikan dan pulutnya lebih lemak dan sedap. Kalau di Kuala Lumpur berintikan kelapa dan pulutnya kurang sedap.kata orang pantang lepa...nanti habis la pulut lepa...mak aku memang pakar buat pulut lepa. Satu kampung memang tahu pulut lepa mak aku memang sedap. Mak aku juga pakar buat ketupat palas. Kalau dimusim perayaan banyak la tempahan ketupat orang kampung yang mak aku terpaksa buat. Katanya kalau tak dibuat nanti terasa hati..maka dia terpaksa bersengkang mata buat ketupat sampai pagi.Mak aku dah biasa camtu...dari aku kecil sampai sekarang..kerjanya buat kuih..mcm2 kuih dia buat..kuih bengkang...akok..mcm lagi...aku pun kekadang tak tahu nama kuih tu... mak aku hampir separuh dari usianya buat kuhi saja...tak ada keje lain. Dengan berkat rezeki mak aku buat kuih la aku dapat hidup begini sampai hari ini...ALHAMDULILLAH...Orang lain tak mungkin dapat mengerti betapa susahnya buat pulut lepa tu..kecuali mak aku...pulut lepa dia tu dijual digerai-gerai nasik berlauk waktu pagi. Masa petang barulah dia pegi ambik hasil jualan disetiap kedai. Kekadang aku kene hantar kat kedai-kedai waktu pagi.Dari jualan buat pulut lepa tu la aku dapat bersekolah...sampai jadi camni hari ni...Aku sentiasa rindu pulut lepa mak aku...
POLITIK.
POLITIK...Apa itu politik?..Politik adalah cara orang membuat keputusan atau keupayaan mempengaruhi orang lain untuk membuat keputusan...Politik mempunyai banyak kebaikan...tapi banyak juga keburukan..Aku suka politik...kekadang aku benci politik.politik di pejabat...politik di kejiranan...politik dalam keluarga...yang paling menyampah..politik negara...Indahnya politik negara kalau semua orang yang terlibat dalam politik sentiasa berlumba-lumba untuk memberi kebaikan kepada rakyat marhain...Tapi buruknya politik kalau mereka dok bergadoh...membuat fitnah...mencuri harta rakyat...hampir setiap hari kita dimomokkan dengan berita politik....politik..politik..politik...semua benda nak dipolitikkan...harga barang naik jadi politik...bas kemalangan jadi politik...kes jenayah jadi politik...pendek kata semua benda jadi politik kat Malaysia nih...pening kepala memikirkan politik...suka politik..tapi benci politik...Semoga ALLAH memberi kemakmuran kepada MALAYSIA tercinta...Amin..
KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA
Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..Segala puji bagi Allah,Tuhan Semesta Alam yang tiada sekutu bagiNya,Yang Memberi Hidayah kepada yang dikehendakinya,Yang Maha Berkuasa membolak-balikkan hati manusia(na'udzubillahi min dzalik),Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.suka untuk saya berkongsi sebuah kisah pada zaman nabi s.a.w di mana ketika itu ada seorang lelaki yang datang berjumpa dengan baginda dan menyampaikan hasratnya untuk menyertai baginda dalam sebuah jihad. lantas apa yang di jawab oleh baginda adalah bukan seperti "adakah kamu handal dalam menunggang kuda?" "adakah kamu bijak bermain pedang " "adakah kamu mempunyai tubuh badan yang kuat dan sihat?"tidak sama sekali persoalan itu yang bangkit dari mulut bagi,,malah perkara yang ditanyakan adalah "adakah kamu masih mempunyai ibu dan bapa?"seraya lelaki itu menjawab "saya sudah tidak berbapa tetapi saya masih mempunyai seorang ibu yang kini berada di rumah"baginda pun berkata "adakah ibumu tidak memerlukanmu untuk menjaganya??""semestinya dia memerlukan saya"lalu baginda pun menasihati"pulanglah kamu ke pangkuan ibu kamu kerana sekiranya kamu berbakti kepadanya,sesungguhnya pahala yang kamu akan terima adalah sama seperti pahala jihad fi sabilillah"jelas,nyata dan terang sekali bertapa mulianya seorg ibu dan mulianya menjadi seorg ibu di muka bumi ini. ibu adalah insan yang sangat penting dalam hidup kita.mengimbas kembali harian metro di mana kita di kejutkan dengan berita eksklusif "seorang warga emas wanita Islam dihantar ke rumah jagaan org tua bukan Islam""dua anak derhaka tergamak menghantar IBU MEREKA, seorang HAJAH berusia 71 TAHUN ke PUSAT PENJAGAAN ORANG TUA BUKAN ISLAM,menyebabkan warga emas itu tidak dapat menunaikan ibadah kerana tiada kemudahan berbuat demikian di pusat itu"tidakkah golongan seperti mereka ini terfikir bahawa siapalah mereka tanpa ibunya??tidakkah satu kepentingan bagi seorang anak mempunyai seorang ibu untuk lahir di muka bumi ini?baharu sahaja tadi kita melihat contoh betapa Rasulullah sendiri meentingkan perihal ibu berbanding perihal jihad.inikan pula barita terkini ini.Rasul s.a.w pernah berkata:"semua dosa akan ditangguh sesuai dengan kehendak Allah sehingga ke hari pengadilan kecuali dosa ANAK DERHAKA" maksudnya Allah akan terus menimpakan azab kepada seorang anak derhaka tanpa menunggu pada hari kiamat.justeru,ambillah iktibar daripada kisah-kisah di atas,janganlah kita biarkan ibu pergi sebelum kita sempat menabur budi,sebelum ibu meninggalkan kita,sebelum jasad ibu dikandung tanah,,jauhila daripada mendapat tittle "ANAK DERHAKA" kerana amatlah besar balasan menjadi anak derhaka antaranya:--mendapat KEMURKAAN Allah-mendapat BALASAN SEGERA iaitu di dunia(seperti kisah alQomah&aljuraish)-mendapat DOSA BESAR-di TOLAK AMALANnya-masuk NERAKA-TIDAK DAPAT 'MELIHAT WAJAH ALLAH'-mendapat SEKSAAN YANG PEDIH-hilang NUR diwajahnya-mati dalam SU'UL KHATIMAH-wallahua'lam,,wassalam
TERLELAP...
Pagi tadi ada jiran jemput gi makan2 umah dia kul 11 pagi..aku bangun kul 10...pastu sementara tunggu kul 11...dok atas khusi...pastu terLELAP...sedar2 1230 tghhari....terlepas majlis tu...segan la kawan jiran tu...pastu jumpa kawan tu kat majlis jiran lain plak lepas jumaat...sempat la minta maaf ngan dia..pasal kes terLELAP ni teringat plak pasal kes bas ekspres sani yang eksiden tu...takziah ke atas semua 10 mangsa yang terlibat. Driver tu ngaku dia terLELAP, errmm....payah jugak tu kan...Semalam dengar2 driver tu kene dakwa plak...ermm...Adil ke?Jangan semata-mata kerana nak memuaskan hati 10 keluarga mangsa kita buat pendakwaan...kita sepatutnyer lebih rasional...tapi di Malaysia ni memang camtu...ada je kes mesti nak buat pendakwaan...semua pihak melenting...sibuk cadang tu cadang ni...cadangan tak masuk akal pun ada...tak bagi bas ekspres jalan malam...hahaha...saper nak naik bas ekspres siang hari?...hahaha...lingkup lah syarikat bas tu..Teringat aku masa kisah penhijrahan Nabi junjungan kita Muhammad SAW...ketika Nabi kita dikepung oleh tentera Quraisy bersama Saidina Ali a.s, Rasulullah mengambil segenggam pasir lalu menabur kepada tentera berkuda Quraisy..maka terLELAPlah tentera Quraisy tu...TerLELAP adalah kuasa ALLAH...kita menguap, mengelip mata...dan lain2 lagi fenomena anggota badan kita adalah dengan kuasa ALLAH swt...sekiranya benar driver tu terLELAP...ermm...kesian dia sekiranya dia dikenakan penjara 20 thn...bagaimana dengan anak-anaknya?..isterinya?...semata-mata hendak memuaskan hati 10 keluarga...Aku pun pernah terLELAP semasa memandu...rasa mcm tak ngantuk...tetapi hilang 1-2 saat...hampir nak langgar signboard di merapoh masa balik kampung 2-3 tahun lepas...ALHAMDULILLAH...dengan izin ALLAH..aku selamat...
SELAMAT DATANG 2010
Selamat datang 2010. Selamat tinggal 2009. meningkat setahun lagi usia aku. Aku dah 37 tahun. Tak sedar pun diri dah tua...bekalan dunia pun tak ada...bekalan akhirat apatah lagi.Sambutan tahun baru 2010 di dataran merdeka sungguh meriah, 20,000 hadir untuk memeriahkan sambutan, konsert yang di hadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, dan dihiburkan oleh amy search, ella dan bunkface menggamatkan suasana sebelum bedilan bunga api tanda ketibaan 2010 pada jam tepat 12tgh mlm. Begitulah hangatnya sambutan tahun baru kalendar gregorian yang bukan hanya di Malaysia malah diseluruh dunia.Alangkah indah kalau Maal Hijrah atau awal muharram disambut secara besar-besaran. Tapi hakikatnya sambutan maal hijrah hanya disambut sederhana dan lebih malang lagi ramai antara kita tidak mengetahui pun maksud sebenar maal hijrah, kenapa kita menyambut maal hijrah? dan apalagi menghayati pengorbanan Nabi besar junjungan kita dalam menyebarkan syiar islam di muka bumi ini.Walaupun ramai antara kita tidak mengetahui apakah maksud sebenar tahun baru itu, tetapi itu tidak pernah menjadi isu kepada mereka, apa yang mereka tahu sambutan tahun baru mesti disambut dengan meriah, menari, berjoget, konsert, berpesta dan berseronok sampai ke pagi. Lebih malang lagi pemerintah atau kerajaan menyediakan platform yang baik untuk mereka bergembira dan melakukan maksiat. Dataran merdeka, bintang walk dan uptown bangsar sudah menjadi tempat yang tidak asing lagi untuk menyambut tahun baru di ibu negara. Berita hari ini banyak juga menunjukkan pasangan-pasangan ditangkap khalwat di malam tahun baru. Ini sudah menjadi trend dan lama-lama kelamaan akan menjadi budaya yang berakar umbi dalam rakyat kita.Mengikut persepakatan gereja-gereja kristian eropah barat Tahun baru atau 1hb januari adalah hari kelapan Nabi Isa berkhatan. (8 hari dari tarikh kelahiran 25th Dis (krismas)). Ini telah ditetapkan sebagai permulaan kalendar gregorian. Dalam kalendar cina, tahun 2010 digambarkan sebagai tahun harimau besi yang membawa lebih kekuatan dan mampu menyahut cabaran.Manakala dalam kalendar hijrah 1 muharram telah di kira sebagai tarikh permulaan tahun baru. Ini telah ditetapkan semasa perbincangan Saidina umar al khattab dan Saidina Ali r.a. Walaupun penghijrahan Nabi kita pada bulan rabiulawal tapi 1 muharram telah dikira sebagai permulaan tahun kerana detik hijrah telah dirancang oleh Nabi saw. pada bulan muharram.Kerosakan akhlak anak-anak muda semakin parah. Kes ragut, buang anak, sumbang mahram dan bermacam-macam lagi berita yang kekadang tak mampu dijangkaui oleh fikiran kita. Semakin benci melihat platform-platform yang dihidangkan setiap hari oleh pemerintah kita samada di kaca tv atau pun program-program lain yang langsung tidak mendatangkan faedah. AF, Malaysia IDOL, Gangstarz, konsert-konsert dan bermacam-macam lagi rancangan realiti atau 'talk show' yang memberi seribu harapan kepada anak muda untuk menceburi bidang hiburan yang menyediakan platform kearah kemaksiatan.Bagi aku 2009 adalah tahun yang indah...banyak kejayaan dicapai...lulus peperiksaan PTK 3 & 4...lulus pendaftaran professional juruukur bahan, mendapat 4 flat semester 2 program master dan bertukar kerja ke cawangan yang lebih memberi motivasi. ALHAMDULILLAH...SYUKUR..Semoga tahun 2010 membawa lebih keberkatan bagi semua dalam semua segi samada ekonomi, politik, keredhaan ALLAH swt dan ketenangan hati.
KALIMAH ALLAH MILIK ISLAM SAHAJA?
Kalimah ALLAH yang kita sebut sehari-hari adakah milik orang islam sahaja?. Mahkamah Tinggi membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Keputusan mahkamah ini menyaksikan kemarahan dari segenap lapisan umat islam di Negara ini samada individu, pertubuhan atau kerajaan sendiri.Adakah secara lazimnya perkataan ALLAH digunakan oleh penganut Kristian di Negara ini? Menurut sahabat-sahabat saya yang beragama kristian di Negeri Sabah dan Sarawak mereka menggunakan perkataan ALLAH secara lazim semasa di Gereja. Persoalannya adakah wajar penganut agama kristian menggunakannya secara rasmi dalam penerbitan mereka?Kitab bible menyatakan tuhan sebagai 'GOD' atau 'LORD'. Konsep ketuhanan penganut kristian amat berbeza dengan penganut islam. Ketuhanan agama kristian yang berkonsepkan triniti iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan tuhan roh. Tidak seperti agama islam yang berkonsepkan tuhan esa atau tunggal, tiada anak dan diperanakkan. Perkataan ALLAH sememangnya ditulis di dalam al-quran dan disebut dari zaman Rasulullah saw hingga ke hari ini dan digunakan secara mutlak oleh penganut islam di seluruh dunia.
Isu ini sebenarnya harus dilihat secara rasional, tanpa prejudis dan paling utama berdasarkan hujah dan dalil yang sahih serta Qath'ie. Keputusan Mahkamah tersebut harus dinilai berdasarkan persoalan berikut:
Pertama: Apakah skop penggunaan nama Allah dalam THE HERALD? Sekiranya nama Allah dalam artikel mingguan tersebut digunakan bagi tujuan menunjukkan bahawa ia merujuk kepada Tuhan sebenar manusia seluruh alam, maka kita perlu menerimanya. Ia merupakan suatu pengiktirafan terhadap kewujudan ALLAH SWT. Bukankah Allah adalah Tuhan yang menurunkan Rahmat Seluruh Alam? Ia menambahkuatkan lagi bahawa bukan Islam telah memahami Islam dan Tuhan orang Islam.
Kedua: Sekiranya ia merujuk hanya kepada Allah hanya Tuhan bagi agama mereka disamping kewujudan konsep "Trinity" di dalam THE HERALD dan ia disebar luaskan, maka ia telah termasuk dalam kesalahan penghinaan agama lain dimana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perkara 11(4) yang memberikan kuasa kepada negeri-negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran dakyah agama lain.
Dua persoalan ini sudah cukup untuk membuat analisa ringkas tentang keputusan Mahkamah tersebut. Umat Islam negara ini perlu dipandu secara jujur dan ikhlas bahawa selagi Allah tidak dihina dan Islam dipijak, maka ruang lingkup perbahasan ilmiah perlu dibuka.
Adakah penganut kristian perlu menggunakan kalimah ALLAH dan kenapa baru sekarang isu ini timbul dan dipohon di mahkamah? Adakah keputusan penghakiman oleh mahkamah tinggi menjejaskan keharmonian beragama di Malaysia? Yang pasti ini adalah permainan kotor pihak kristian yang sentiasa mahu memecahbelahkan umat islam di Malaysia.Yang jelas di sini keputusan tersebut boleh mendatangkan implikasi yang buruk kepada umat islam di Negara kita. Umat islam di Negara kita yang sememangnya rapuh dalam akidah boleh menjadi terkeliru dan mudah terkeluar dari landasan akidah. Remaja dan generasi baru yang rata-rata lalai dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral adalah kumpulan yang mudah terkeliru dengan situasi ini.Bangsa melayu yang menerima islam secara baka ataupun menerima islam tanpa perjuangan adalah bangsa yang mudah menerima kepercayaan yang karut marut. Sejarah membuktikan tanah melayu yang menganuti agama hindu semasa kerajaan langkasuka atau lembah bujang mudah menerima kepercayaan yang berbentuk mistik dan kedewaan. Penerimaan islam hanya berlaku bila parameswara bermimpi melihat pandakwah arab yang bersembahyang ditepi pantai. Pada keesokan harinya beliau melihat perkara tersebut dan mengisytiharkan agama islam adalah agama rasmi tanah melayu. Begitulah islam yang kita terima pada hari ini tanpa perjuangan dan masih bercampur aduk dengan budaya dan adat agama hindu. Kita boleh melihat dalam upacara pekahwinan dimana adat resam hindu masih diamalkan dan sukar dibuang dalam pemikiran orang melayu.Keputusan mahkamah ini perlu kita tentang dan terima kasih kepada semua pihak yang sedar akan bahaya ancaman ini.
Nasharuddin Mat ISa hari ini menyifatkan keputusan mahkamah tersebut merupakan ancaman besar kepada umat islam dan mengajak seluruh umat islam bersatu menentang ancaman ini. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh umat islam di Malaysia bersatu tanpa mengira warna politik. Sempena menempuh tahun baru 2010 ini keputusan mahkamah ini ada hikmahnya untuk umat islam di Malaysia. Kita sepatutnyer sedar bahawa perbezaan politik tidak boleh menjadi penghalang kepada perjuangan islam. Islam yang kita terima dan warisi.
JADIKAN TAHUN 2010 TAHUN PERPADUAN UMAT ISLAM MALAYSIA
ALLAHUAKBAR
Isu ini sebenarnya harus dilihat secara rasional, tanpa prejudis dan paling utama berdasarkan hujah dan dalil yang sahih serta Qath'ie. Keputusan Mahkamah tersebut harus dinilai berdasarkan persoalan berikut:
Pertama: Apakah skop penggunaan nama Allah dalam THE HERALD? Sekiranya nama Allah dalam artikel mingguan tersebut digunakan bagi tujuan menunjukkan bahawa ia merujuk kepada Tuhan sebenar manusia seluruh alam, maka kita perlu menerimanya. Ia merupakan suatu pengiktirafan terhadap kewujudan ALLAH SWT. Bukankah Allah adalah Tuhan yang menurunkan Rahmat Seluruh Alam? Ia menambahkuatkan lagi bahawa bukan Islam telah memahami Islam dan Tuhan orang Islam.
Kedua: Sekiranya ia merujuk hanya kepada Allah hanya Tuhan bagi agama mereka disamping kewujudan konsep "Trinity" di dalam THE HERALD dan ia disebar luaskan, maka ia telah termasuk dalam kesalahan penghinaan agama lain dimana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perkara 11(4) yang memberikan kuasa kepada negeri-negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran dakyah agama lain.
Dua persoalan ini sudah cukup untuk membuat analisa ringkas tentang keputusan Mahkamah tersebut. Umat Islam negara ini perlu dipandu secara jujur dan ikhlas bahawa selagi Allah tidak dihina dan Islam dipijak, maka ruang lingkup perbahasan ilmiah perlu dibuka.
Adakah penganut kristian perlu menggunakan kalimah ALLAH dan kenapa baru sekarang isu ini timbul dan dipohon di mahkamah? Adakah keputusan penghakiman oleh mahkamah tinggi menjejaskan keharmonian beragama di Malaysia? Yang pasti ini adalah permainan kotor pihak kristian yang sentiasa mahu memecahbelahkan umat islam di Malaysia.Yang jelas di sini keputusan tersebut boleh mendatangkan implikasi yang buruk kepada umat islam di Negara kita. Umat islam di Negara kita yang sememangnya rapuh dalam akidah boleh menjadi terkeliru dan mudah terkeluar dari landasan akidah. Remaja dan generasi baru yang rata-rata lalai dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral adalah kumpulan yang mudah terkeliru dengan situasi ini.Bangsa melayu yang menerima islam secara baka ataupun menerima islam tanpa perjuangan adalah bangsa yang mudah menerima kepercayaan yang karut marut. Sejarah membuktikan tanah melayu yang menganuti agama hindu semasa kerajaan langkasuka atau lembah bujang mudah menerima kepercayaan yang berbentuk mistik dan kedewaan. Penerimaan islam hanya berlaku bila parameswara bermimpi melihat pandakwah arab yang bersembahyang ditepi pantai. Pada keesokan harinya beliau melihat perkara tersebut dan mengisytiharkan agama islam adalah agama rasmi tanah melayu. Begitulah islam yang kita terima pada hari ini tanpa perjuangan dan masih bercampur aduk dengan budaya dan adat agama hindu. Kita boleh melihat dalam upacara pekahwinan dimana adat resam hindu masih diamalkan dan sukar dibuang dalam pemikiran orang melayu.Keputusan mahkamah ini perlu kita tentang dan terima kasih kepada semua pihak yang sedar akan bahaya ancaman ini.
Nasharuddin Mat ISa hari ini menyifatkan keputusan mahkamah tersebut merupakan ancaman besar kepada umat islam dan mengajak seluruh umat islam bersatu menentang ancaman ini. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh umat islam di Malaysia bersatu tanpa mengira warna politik. Sempena menempuh tahun baru 2010 ini keputusan mahkamah ini ada hikmahnya untuk umat islam di Malaysia. Kita sepatutnyer sedar bahawa perbezaan politik tidak boleh menjadi penghalang kepada perjuangan islam. Islam yang kita terima dan warisi.
JADIKAN TAHUN 2010 TAHUN PERPADUAN UMAT ISLAM MALAYSIA
ALLAHUAKBAR
Subscribe to:
Posts (Atom)
